Footer Right Content

Monday, January 12, 2009

Ujian Buat Mujahid PSS...



Kota Kinabalu, 11 Januari - Salah seorang ahli Persatuan Siswazah Sabah terlibat dalam satu kemalangan. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zulhusmie yang berasal dari Kota Belud dan masih menuntut dalam tahun 3 Universiti Malaysia Sabah (UMS). Semasa program Islamic Summer Camp (ISC) bulan Disember yang lepas, Saudara Zulhusmie merupakan salah seorang daripada Ajk Makanan yang bertungkus lumus berusaha bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan baik dan lancar. Sekarang ini beliau di tempatkan di Sabah Medical Centre (SMC) tingkat 6 bilik 627. Justeru, marilah kita semua menadah tangan memohon doa kepada Allah semoga beliau cepat sembuh dan cekal serta tabah menghadapi ujian ini.

0 comments: