Footer Right Content

Tuesday, December 30, 2008

Jom boikot Israel!!!










Tragedi Gaza-Bangkitlah Wahai Umat Islam!!!





Mutakhir ini, boleh dikatakan penutup tirai setiap tahun akan terjadi tragedi yang sentiasa menjadi igauan ngeri penduduk dunia. Biasanya ia terjadi bermula dari hari Natal sehinggalah ke penghujung tahun. Kejadian tanah runtuh, gempa bumi, banjir, taufan dan yang paling teruk adalah kejadian Tsunami pada akhir tahun 2004 sentiasa menjadi hiasan penutup tirai tahun-tahun masihi.

Tahun ini ia berlaku lagi. Serangan besar-besaran Yahudi di bumi barakah Semenanjung Gaza kali ini merupakan satu lagi episod ngeri penduduk dunia tahun ini terutamanya penduduk Palestin. Laporan terbaru serangan besar-besaran Yahudi ini mencatatkan bilangan angka korban mencecah 374 orang dan 1690 lagi cedera pastinya mengejutkan dunia yang sedang menyambut 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Ayuh! kita menadah tangan memanjatkan doa dan bermunajat ke hadrat Allah serta laksanakan solat hajat di setiap masjid2 dan surau2 kampung masing2. Tidak lupa juga untuk memboikot barang2 Israel!!! Mudah2han, usaha kita yang sedikit ini dapat membantu saudara2 kita di seluruh dunia khususnya di Palestin... Yakinlah kita! janji Allah pasti akan tiba sebagaimana tibanya tahun Hijrah 1430H. Palestin pasti akan menjadi nadi kebangkitan akhir zaman...

Tahniah Qiam Bulan Disember 2008!!!


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Pada 27 hb Disember yg lepas...KRU telah menganjurkan Program Qiam bulanan 2008 yang bertempat di Masjid Pekan Tuaran.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua adik2 ahli KRU yg hadir menyertai program Qiam kali ini...

Kita juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas perancangan dan kehendakNYA, Qiam kali ini kita telah dipertemukan dengan sahabat2 dari PERPPIS Tawau yang secara kebetulan transit seketika di masjid Tuaran dalam misi Ekspedisi Dakwah...

Meskipun masa pertemuan cuma seketika, namun kita doakan semoga jalinan ukhuwah yang telah terbina akan terus berkekalan dan berpanjangan....

Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PSS yang hadir bagi menjayakan program Qiam kali ini.

Insya Allah, Qiam seterusnya akan diadakan pada 31 hb Januari 2009....jumpa bulan depan ya...^_^

'Klik' di sini untuk gambar penuh

Friday, December 26, 2008

Selamat BerPLKN


Salam kasih-sayang,
Kami daripada barisan kepimpinan Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhwah, mewakili semua sahabat-sahabat di kedua-dua persatuan, mengucapkan selamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara kepada semua adik-adik yang berpeluang mengikutinya. Peluang ini hendaklah digunakan oleh adik-adik dengan sebaik-baiknya. Bukan mudah untuk mendapat tarbiyyah 'askariyyah(ketenteraan), jasadiyyah(fizikal) dan insaniyyah(kemanusiaan) dalam satu-satu masa. Kami juga berbesar hati memberi beberapa peringatan kepada adik-adik sebagai persediaan dan bekalan menjalani latihan;

1. Jangan meremehkan solat

Meremehkan solat membawa maksud meninggalkan terus atau melewat-lewatkan solat. Dalam apa situasi sekalipun, solat perlu diutamakan. Jika terdapat program yang memakan masa solat, adik-adik sebagai orang yang mempunyai kesedaran harus menegur,

"Tuan penceramah / abang fasi, saya diajar oleh Kelab Remaja Ukhwah supaya menunaikan hak Allah pada waktunya. Saya tidak sanggup disoal oleh Allah di akhirat kelak. Izinkan saya keluar sebentar menuanikan kefardhuan.."

Selagi solat dijaga, insyaAllah diri dan hati adik-adik sedikit-sebanyak akan terpelihara juga daripada anasir-anasir yang tidak baik.

2. Pilih kawan yang betul

PLKN merupakan medan yang baik untuk mencari teman. Pastikan teman yang dipilih boleh digelar sahabat, mengingatkan ketika lupa dan menegur ketika alpa. JAUHKAN DARIPADA BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG JELAS MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR SYARIAT SEPERTI MEROKOK, BERSOSIAL SECARA BERLEBIHAN DAN SEBAGAINYA JIKA TIDAK YAKIN MAMPU MEMBAWA MESEJ DAKWAH. Jangan sekali-kali menggadai prinsip dan pegangan supaya dilihat mengikuti trend semasa dan fesyen terkini. Beranikan diri untuk menjadi golongan yang ganjil. Paling penting. PLKN bukan ruang mencari teman sehidup semati!

'Datang Islam dalam keadaan yang ganjil, dan ia pergi sebagaimana keadaan ia datang (yakni ganjil), beruntunglah orang-orang yang ganjil' Al-Hadis

3. Tonjolkan potensi diri

Syiar Islam didokong oleh orang Islam ke mana sahaja mereka pergi. Kemampuan untuk memberikan idea dan pandangan, kebolehan berpidato dengan baik, malah keinginan yang tinggi untuk bertanya dan berani untuk mencuba adalah sebahagian daripada syiar orang Islam. Libatkan diri secara efektif dalam setiap aktiviti yang dijalankan selagi tidak berlanggar dengan syariat. Adik-adik juga wajib menonjolkan akhlaq yang paling baik dan mulia sebagai contoh kepada yang lain.

4. Belajar untuk berkata tidak, ingatlah orang tersayang

Seandainya terdapat anasir yang tidak baik mula mendekati atau menghantui, cepat-cepat beristighfar dan menjauhkan diri. Belajar untuk berkata tidak, samada kepada gadis cantik yang menghulurkan kasih-sayang, kawan yang menghulurkan rokok atau penyelaras yang menyuruh terlibat di dalam program hiburan berlebihan dan majlis lagho (sia-sia) sekalipun.

"Kalau saudara-ri nak mencari murka Allah, carilah, saya belum berani berbuat demikian," adalah jawapan yang biasanya membuatkan kita tidak lagi diganggu. Apapun, kekalkan hubungan baik dengan semua pihak, dan dengan setiap langkah, ingatlah Allah, ingat kegigihan Nabi Muhamma s.a.w membawa Islam dan ingat ibubapa, adik-beradik dan kami yang inginkan adik-adik menjadi pejuang-pejuang agama, bangsa dan negara suatu hari nanti!

Selamat berPLKN!


Thursday, December 25, 2008

Haram Menyambut Krismas!


24 Disember, selesai menemani Setiausaha PSS, Abang Fairuz menyampaikan Kuliah Maghrib di Surau Kampung Bundung, Tuaran, kami menyinggah di Medan Selera Tuaran untuk menjamu selera. Bersama-sama kami ialah Saudara Amir, orang kuat KRU dari sekolah SMK Badin, Tuaran. Selesai memesan makanan, datang pula pelayan mengambil order minuman. Dia memakai topi Santa Claus. Kami berpandangan. Sebaik beliau berlalu, Abang Fairuz bertanyakan kami hukum menyambut Krismas. Persoalan dengan tujuan mengajar.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya: Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?


Jawapannya:
Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).
Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata, Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut.


Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang Kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meridhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meridhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

Ertinya : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]


Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak. Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diridhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.


Ertinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”. [Hadits Riwayat Abu Daud]


Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]


Kami bersiap untuk menghantar Amir pulang. Masing-masing senyap memikirkan umat Islam hari ini yang samada dengan sebab tidak tahu atau suka-suka, menyambut perayaan keagamaan agama-agama lain yang mampu menggoncang aqidah.

Ya Allah, lindungi kami daripada apa yang tidak kami ketahui..

Monday, December 22, 2008

Qiamullail Bulan Disember 2008...


Salam Wasilah ukhuwah Fillah...

Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....

Untuk makluman semua, pada 27 hb ini akan diadakan Program Qiamullail Bulanan Kelab Remaja Ukhuwah seperti berikut :

Masa pendaftaran : 5pm (27 hb Disember)

Hari : 27-28 Disember (5pm Sabtu - 9am Ahad)

Tempat : Masjid An-Nur, Tuaran

Justeru dijemput kepada semua ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) untuk datang beramai2....

Mudah2han program ini mampu membentuk remaja2 yg berakhlak mulia dan mencintai suruhan Allah....^_^

Friday, December 19, 2008

Tinta Dari Tuan Pengarah ISC 08'

Alhamdulillah..

Segala puja dan syukur kita titipkan buat Allah SWT.. Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad Pesuruh Allah.. Serta salam perjuangan buat para mujahid, mujtahid,mujaddid,mu'allim, mudarris, muraqqib, dan sesiapa sahaja yang bermujahadah pada jalan Nya ini..

Alhamdulillah.. Kalimah tahmid inilah yang selayaknya diucapkan di bibir setelah berakhirnya program ISlamic Summer Camp 2008 kali yang ke-2 ini.. Setelah proses tungkus-lumus dan penat lelah, Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan juga.. Bukan sedikit cabaran yang dihadapi, tetapi berkat bantuan dari Allah dan usaha dari rakan-rakan AJK maka benda yang berat akhirnya menjadi ringan.. Benda yang payah akhirnya menjadi mudah.. Alhmadulillah..

Adik-adik peserta ISC 08'..

Anda telah memperuntukkan masa anda selama 4 hari 3 malam dalam perkampungan kita di tapak program di Kampung Keboni.. Dan saya yakin, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna agar masa yang diperuntukkan untuk program tidak bertukar menjadi sia-sia. Ya, at least we learn something new!

Program ini sebenarnya secara dasar bertujuan dan bermatlamatkan untuk pembinaan seorang remaja yang berkapasiti seorang DA'IE dan mampu untuk mencari seorang MAD'U. Ini bermakna, program ISC menumpukan pembinaan karakter seorang remaja yang Mosleh iaitu remaja yang boleh memimpin orang lain selain daripada dirinya sendiri.. Ini adalah rentetan daripada kesinambungan proses penyemaian individu yang Soleh ketika program Kem Remaja Islam (KRIS), maka untuk ISC kita mahukan suatu peningkatan..

Kalau KRIS, ia lebih kepada pembentukan potensi internal iaitu berbeza dengan ISC yang lebih menjurus kepada pembinaan potensi external seseorang remaja ataupun peserta!

Jelajah Dakwah..

Melihat kepada pillar yang digunakan.. Atau tiang seri kepada program yang dianjurkan.. Maka satu LDK yang dinamakan sebagai Jelajah Dakwah telah diperkenalkan. LDK yang berbentuk praktikal ini, dilihat dapat merumuskan kepada adik-adik tentang apa yang terkandung dalam kuliah-kuliah dasar yang disampaikan pada hari yang kedua.

Bukan itu sahaja, saya turut melihat bahawa LDK Jelajah Dakwah ini terkandung bermacam modul yang disediakan secara Rabbani dari Allah SWT. Maknanya disini, apa-apa cabaran mahupun rintanagn yang adik-adik hadapi sepanjang Jelajah Dakwah tersebut, itu semuanya datang dari Allah SWT. Rintangan itu tidak dibuat oleh para AJK, bahkan dugaan itu adalah didikan secara langsung dari Allah SWT.. Bagaiamana adik-adik menghadapainya, itulah sebenarnya karenah para Mad'u yang sebenar!! Ianya bukan lakonan, tapi ia suatu benda yang realiti!!

Sunnahnya.. Dakwah adalah proses GIVE and TAKE..

Adik-adik sendiri merasakannya bukan..?

Giving a Smile (",).. Sekurang-kurangnya itulah benda paling minima yang kita boleh tawarkan kepada Mad'u sebelum kita mendapat/take sesuatu yang diinginkan iaitu RESPON P+ daripada Mad'u..

Ya.. Semacam proses jual-beli.. Penjual/Da'ie perlu bijak memberikan tawarannya agar si Pembeli/Mad'u cenderung lalu membeli barangan yang ditawarkan.. Jikalau ada yang tidak mahu membelinya, maka itu adalah lumrah! Dan jika ada yang menghina barangan kita.. Maka dua perkara perlu dibuat.. Anda selaku penjual/Da'ie, anda perlu pertahankan barangan milik anda.. Tindakan yang kedua pula, anda perlulah bermuhasabah kerana kemungkinan karakter ataupun pendekatan kita sebagai jurujual tidak dapat diterima oleh Mad'u sehingga mereka menolak barang yang kita tawarkan!

Bahkan, kalau kita melihat sirah Nabi sekalipun.. Nabi mendahulukan usaha dakwah itu dengan proses memberi iaitu mempesonakan umat dengan budi pekerti serta keindahan akhlak baginda.. Maka, disinilah sebenarnya kejayaan agenda dakwah nabi.. Bila orang sudah yakin dengan anda, jadi tiadalah masalah untuk proses seterusnya..

Kekadang para da'ie asyik mengeluh kerana hasil TAKE yang kurang.. Tapi, berapa ramai Dai'e yang berfikir sejauh mana usahanya untuk GIVE !..??

Akhir Kalam..


Sebenarnya banyak benda lagi yang nak dikongsikan bersama adik-adik pada laman sesawang ini.. Tapi, keadaan agak tidak mengizinkan. Oleh itu, saya selaku pengarah ISC kali ke-2 memohon maaf buat para peserta andaikata ada kelemahan mahupun kekurangan dalam program yang dianjurkan.

Tidak dilupakan juga baut para AJK dan Fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan program ISC kali ini.. Memang lumrah setiap pertemuan itu adanya perpisahan.. Dan saya tambah sikit lagi, memang lumrah setiap persahabatan itu akan adanya pergeseran.. Tapi semuanya itu datang dek kerana kita mahukan amal yang terbaik buat Allah SWT..

Cuma tips yang boleh saya berikan ialah.. Jadilah PEMUDA yang BERJIWA BESAR..

Secawan air apabila engkau bancuh dengan sesudu garam maka pasti ianya berasa MASIN.. Tapi, sekolah air jika engkau bancuh ia dengan sesudu garam maka pasti air itu kekal dengan rasanya iaitu TAWAR!!

Maka ketahuilah sahabat, sekolah air dengan secawan air itu adalah perbandingan antara dua jiwa iaitu seorang pejuang yang berjiwa besar dengan seorang pejuang yang berjiwa kecil..


Oleh itu, apa sahaja sindiran,bangkangan, ataupun komen yang diberikan pasti tidak akan menggugat si PEMUDA berjiwa besar laksana umpama sesudu garam tidak akan menggugat rasa TAWAR akan sekolah air!!
Siiru 'ala barokatillah..

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud,
Pengarah ISC 2008,

Merangkap Exco Pendidikan dan Kepimpinan,

PSS Cawangan Kota Belud.

Tahniah ISC '08 !!!


Assalamu'alaikum kepada semua pengunjung yang dikasihi Allah sekalian....

Khususnya, adik-adik ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) yang terus tekun dan tidak jemu2 mengikuti perkembangan Kelab ini dari masa ke semasa...

Alhamdulillah, pada 12-15 Disember 2008 baru-baru ni Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah berjaya menganjurkan Islamic Summer Camp 2008 (ISC'08) seperti yang telah dirancang.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya adik-adik yang menjadi peserta kem ini. Diharapkan agar adik-adik semua dapat perpanjangkan segala ilmu yang adik-adik dapat semasa kem ini kepada sahabat-sahabat adik2 di kampung dan sekolah masing2 nanti.

Tidak dilupakan juga kepada semua Ajk dan individu2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas jasa kalian.
InsyaAllah, kita akan masukkan gambar-gambar sepanjang program ISC '08 dalam ruangan gambar dalam sedikit masa lagi....

Akhir kata, mudah-mudahan program ini mampu melahirkan kader-kader dakwah yang akan terus istiqamah dan tidak berputus asa menyumbang tenaga, harta, buah fikiran dan sebagainya bagi memastikan Islam terus bersinar di bumi Sabah ini...

Wallahu a'lam.....

Wednesday, December 3, 2008

PERHATIAN UNTUK SEMUA AJK ISC!!!

Segala Puji Bagi Allah...

Pada hari Sabtu (29/12/08) yang lepas, telah diadakan Mesyuarat AJK ISC Kali ke-II. Antara agenda utama mesyuarat kali ke-II ini ialah pembentangan gerak kerja setiap bahagian. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian selepas mesyuarat AJK ISC kali ke-II :

Mesyuarat Kali ke-III
Tarikh : 06/ 12/ 08 (Sabtu) -> Diubah ke 05/12/08 (Jumaat)
Masa : Jam 8.30 Pagi
Tempat : Masjid Tuaran

Induksi Ajk
Tarikh : 10/ 12/ 08 (Rabu) - 11/ 12/ 08 (Khamis)
Masa : Jam 10 Pagi
Tempat : Kg Kobuni (Tapak Program)

Seorang Ajk mencari dana = RM 40 (minimum)