Footer Right Content

Friday, December 19, 2008

Tinta Dari Tuan Pengarah ISC 08'

Alhamdulillah..

Segala puja dan syukur kita titipkan buat Allah SWT.. Selawat dan Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad Pesuruh Allah.. Serta salam perjuangan buat para mujahid, mujtahid,mujaddid,mu'allim, mudarris, muraqqib, dan sesiapa sahaja yang bermujahadah pada jalan Nya ini..

Alhamdulillah.. Kalimah tahmid inilah yang selayaknya diucapkan di bibir setelah berakhirnya program ISlamic Summer Camp 2008 kali yang ke-2 ini.. Setelah proses tungkus-lumus dan penat lelah, Alhamdulillah program yang dirancang dapat dilaksanakan juga.. Bukan sedikit cabaran yang dihadapi, tetapi berkat bantuan dari Allah dan usaha dari rakan-rakan AJK maka benda yang berat akhirnya menjadi ringan.. Benda yang payah akhirnya menjadi mudah.. Alhmadulillah..

Adik-adik peserta ISC 08'..

Anda telah memperuntukkan masa anda selama 4 hari 3 malam dalam perkampungan kita di tapak program di Kampung Keboni.. Dan saya yakin, anda telah mempelajari sesuatu yang bermakna agar masa yang diperuntukkan untuk program tidak bertukar menjadi sia-sia. Ya, at least we learn something new!

Program ini sebenarnya secara dasar bertujuan dan bermatlamatkan untuk pembinaan seorang remaja yang berkapasiti seorang DA'IE dan mampu untuk mencari seorang MAD'U. Ini bermakna, program ISC menumpukan pembinaan karakter seorang remaja yang Mosleh iaitu remaja yang boleh memimpin orang lain selain daripada dirinya sendiri.. Ini adalah rentetan daripada kesinambungan proses penyemaian individu yang Soleh ketika program Kem Remaja Islam (KRIS), maka untuk ISC kita mahukan suatu peningkatan..

Kalau KRIS, ia lebih kepada pembentukan potensi internal iaitu berbeza dengan ISC yang lebih menjurus kepada pembinaan potensi external seseorang remaja ataupun peserta!

Jelajah Dakwah..

Melihat kepada pillar yang digunakan.. Atau tiang seri kepada program yang dianjurkan.. Maka satu LDK yang dinamakan sebagai Jelajah Dakwah telah diperkenalkan. LDK yang berbentuk praktikal ini, dilihat dapat merumuskan kepada adik-adik tentang apa yang terkandung dalam kuliah-kuliah dasar yang disampaikan pada hari yang kedua.

Bukan itu sahaja, saya turut melihat bahawa LDK Jelajah Dakwah ini terkandung bermacam modul yang disediakan secara Rabbani dari Allah SWT. Maknanya disini, apa-apa cabaran mahupun rintanagn yang adik-adik hadapi sepanjang Jelajah Dakwah tersebut, itu semuanya datang dari Allah SWT. Rintangan itu tidak dibuat oleh para AJK, bahkan dugaan itu adalah didikan secara langsung dari Allah SWT.. Bagaiamana adik-adik menghadapainya, itulah sebenarnya karenah para Mad'u yang sebenar!! Ianya bukan lakonan, tapi ia suatu benda yang realiti!!

Sunnahnya.. Dakwah adalah proses GIVE and TAKE..

Adik-adik sendiri merasakannya bukan..?

Giving a Smile (",).. Sekurang-kurangnya itulah benda paling minima yang kita boleh tawarkan kepada Mad'u sebelum kita mendapat/take sesuatu yang diinginkan iaitu RESPON P+ daripada Mad'u..

Ya.. Semacam proses jual-beli.. Penjual/Da'ie perlu bijak memberikan tawarannya agar si Pembeli/Mad'u cenderung lalu membeli barangan yang ditawarkan.. Jikalau ada yang tidak mahu membelinya, maka itu adalah lumrah! Dan jika ada yang menghina barangan kita.. Maka dua perkara perlu dibuat.. Anda selaku penjual/Da'ie, anda perlu pertahankan barangan milik anda.. Tindakan yang kedua pula, anda perlulah bermuhasabah kerana kemungkinan karakter ataupun pendekatan kita sebagai jurujual tidak dapat diterima oleh Mad'u sehingga mereka menolak barang yang kita tawarkan!

Bahkan, kalau kita melihat sirah Nabi sekalipun.. Nabi mendahulukan usaha dakwah itu dengan proses memberi iaitu mempesonakan umat dengan budi pekerti serta keindahan akhlak baginda.. Maka, disinilah sebenarnya kejayaan agenda dakwah nabi.. Bila orang sudah yakin dengan anda, jadi tiadalah masalah untuk proses seterusnya..

Kekadang para da'ie asyik mengeluh kerana hasil TAKE yang kurang.. Tapi, berapa ramai Dai'e yang berfikir sejauh mana usahanya untuk GIVE !..??

Akhir Kalam..


Sebenarnya banyak benda lagi yang nak dikongsikan bersama adik-adik pada laman sesawang ini.. Tapi, keadaan agak tidak mengizinkan. Oleh itu, saya selaku pengarah ISC kali ke-2 memohon maaf buat para peserta andaikata ada kelemahan mahupun kekurangan dalam program yang dianjurkan.

Tidak dilupakan juga baut para AJK dan Fasilitator yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan program ISC kali ini.. Memang lumrah setiap pertemuan itu adanya perpisahan.. Dan saya tambah sikit lagi, memang lumrah setiap persahabatan itu akan adanya pergeseran.. Tapi semuanya itu datang dek kerana kita mahukan amal yang terbaik buat Allah SWT..

Cuma tips yang boleh saya berikan ialah.. Jadilah PEMUDA yang BERJIWA BESAR..

Secawan air apabila engkau bancuh dengan sesudu garam maka pasti ianya berasa MASIN.. Tapi, sekolah air jika engkau bancuh ia dengan sesudu garam maka pasti air itu kekal dengan rasanya iaitu TAWAR!!

Maka ketahuilah sahabat, sekolah air dengan secawan air itu adalah perbandingan antara dua jiwa iaitu seorang pejuang yang berjiwa besar dengan seorang pejuang yang berjiwa kecil..


Oleh itu, apa sahaja sindiran,bangkangan, ataupun komen yang diberikan pasti tidak akan menggugat si PEMUDA berjiwa besar laksana umpama sesudu garam tidak akan menggugat rasa TAWAR akan sekolah air!!
Siiru 'ala barokatillah..

Mohamad Zul Hilmey Bin Makmud,
Pengarah ISC 2008,

Merangkap Exco Pendidikan dan Kepimpinan,

PSS Cawangan Kota Belud.

0 comments: